5 Januari 2008 – Kelab UMNO Auckland telah berkunjung ke kediaman Datuk Seri Shafie Apdal selaku Pengerusi Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Kuala Lumpur. Kesempatan ini digunakan untuk menyampaikan sendiri berita penyerahan pucuk pimpinan Kelab UMNO Auckland yang sekarang diterajui saudara Mohd Ridhwan Mohd Ali mengambil alih daripada saudara Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.
Di dalam lawatan ini, matlamat serta hala tuju Kebab UMNO Luar Negara telah dibincangkan. Dato Shafie dalam amanat dan nasihat beliau mahu Kelab UMNO bergerak lebih giat dalam mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta berperanan lebih aktif dalam membantu serta membimbing para pelajar Malaysia di luar negara.
Kelab UMNO Auckland juga telah menyerahkan laporan tahunan kelab ‘REVIEW 2007′ kepada Dato Shafie Apdal semasa lawatan ini. Turut hadir ialah saudari Suzana isteri kepada saudara Alkaf, saudari Afiah bekas Setiausaha Kelab UMNO Melbourne dan saudara Zulkafli bekas ahli Kelab UMNO Mesir.
